suria

Maharaja Jepun Keluar Hospital

TOKYO: Maharaja Jepun, Akihito dibenarkan keluar daripada hospital selepas menerima rawatan kerana demam dan menunjukkan simpton bronkitis.

Akihito, 77, dimasukkan ke Hospital Universiti Tokyo pada 6 November lalu.

Anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito mengambil alih tugas rasmi sepanjang maharaja terbabit berada di hospital.

Jurucakap rasmi istana memberitahu, Akihito akan kembali menjalankan tugasan rasmi sebaik sahaja keadaan kesihatannya membenarkan.

Akihito menaiki takhta selepas ayahandanya, Hirohito mangkat pada tahun 1989. - AP

Artikel Lain