suria

Kesihatan Arroyo Semakin Baik, Minta Tahanan Rumah

MANILA: Peguam kepada Gloria Macapagal Arroyo memohon agar bekas Presiden itu dikenakan tahanan rumah memandangkan keadaan kesihatannya yang semakin baik.

Arroyo yang ditahan kerana disyaki melakukan penipuan dalam pilihan raya pada tahun 2007 buat masa ini ditahan di hospital.

Permohonannya agar dibenarkan untuk ke luar negara bagi mendapatkan rawatan sakit tulang belakang juga tidak dibenarkan oleh kerajaan, meskipun mahkamah telah membenarkan permohonan itu.

Peguam yang mewakili Arroyo, Jose Flaminiano memberitahu mahkamah pada Jumaat, bahawa pihaknya menggugurkan usul penahanan hospital sebagai pertukaran kepada penahanan rumah.

Presiden Benigno Aquino III berkata, kerajaan tidak akan membantah usul tersebut dan mahukan supaya Arroyo dilayan dengan baik. - AP

Artikel Lain