suria

Putera Harry Sewa Harley Untuk Ke Las Vegas

LAS VEGAS: Putera Harry dilaporkan menyewa motosikal berkuasa tinggi, Harley dan menunggangnya daripada Arizona ke Las Vegas.

Beliau berada di Arizona kerana sedang mengikuti latihan mengemudi helikopter di pusat tentera udara berhampiran.

Dan Dvorak berkata, putera berusia 27 tahun itu datang ke pusat motosikal itu di Arizona pada Jumaat lalu.

Dvorak menambah, Putera Harry mempunyai lesen motosikal daripada UK dan tahu apa yang sedang dilakukannya semasa memguji motosikal yang disewanya untuk ke Vegas.

Jurucakap bagi kelab hiburan, A Cirque du Soleil berkata, Putera Harry menonton persembahan yang diadakan pada Sabtu bersama empat rakannya daripada tentera.

Beliau turut memesan minuman Corona pada persembahan itu dan memberitahu seorang pekerja bahawa dia kagum dengan penggunaan kesan air dalam persembahan itu dan juga aksi peliuk badan.

Putera terbabit dilaporkan pulang ke Arizona pada Isnin. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain