Tentera Rampas RM48.77 Juta Milik Sindiket Dadah

MEXICO CITY: Tentera Mexico mengesahkan bahawa mereka telah merampas wang tunai bernilai AS$15.3 juta (RM48.77 juta) yang dipercayai milik anggota kumpulan sindiket dadah Sinaloa.

Jurucakap tentera, Jeneral Ricardo Trevilla berkata, wang tersebut ditemui di dalam sebuah kereta di rumah yang terletak di kejiranan bersempadan dengan bandar Tijuana pada petang Isnin bersama dengan dua senapang, dua pistol dan juga 3 kilogram kokain.

Trevilla menambah, tiada tangkapan dibuat semasa wang itu ditemui, tetapi pihaknya mendapat maklumat bahawa wang tersebut dibawa ke Tijuana yang disifatkan sebagai pusat operasi kewangan Snaloa.

Beliau menambah, jumlah tersebut merupakan yang kedua terbesar pernah dirampas di negara itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas siapakah yang mengetuai serbuan itu, mahupun alasan mengapa serbuan dilakukan ke atas rumah tersebut.

Turut dirahsiakan adalah lokasi rumah berkenaan.

Jumlah rampasan wang tunai terbesar di Mexico adalah pada Mac 2007 apabila polis persekutuan menemui wang berjumlah AS$207 juta (RM 659.92 juta) jualan pseudoephedrine, iaitu bahan utama dalam membuat dadah jenis methamphetamine. - AP

Artikel Sebelum

Tiga Penuntut Amerika Ditemubual Di Kaherah

Artikel Berikut

3,000 Polis Australia Adakan Protes

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain