suria

Singapura Siasat Kejadian Anggota Tentera Hina Islam

SINGAPURA: Pihak polis tempatan sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang anggota tentera telah menghina agama Islam dalam laman web sosial Facebook miliknya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, polis sedang menyiasat Christian Eliab Ratnam yang sedang menjalani tempoh mandatori wajib latihan tentera selama dua tahun.

Akhbar milik kerajaan, Straits Times melaporkan, akaun Facebook Christian mempunyai gambar dengan kenyataan yang mencemuh Islam.

Akaun tersebut telah ditutup.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) melaporkan bahawa pihaknya memberikan kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

Singapura mengamalkan undang-undang yang ketat dalam melarang sebarang perbuatan berkaitan agama atau bangsa bagi memelihara keharmonian negara yang didiami oleh pelbagai etnik itu.

Seramai 15 peratus daripada penduduk Singapura menganuti agama Islam. - AP

Artikel Sebelum

Wartawan Turki Dibicarakan

Artikel Berikut

Artikel Lain