suria

Perbicaraan Pemimpin Kanan Khmer Rouge Bermula

PHNOM PENH: Tiga pemimpin kanan Khmer Rouge yang terlibat dalam peristiwa ‘Padang Pembunuhan’ Kemboja pada sekitar tahun 1970 akhirnya dibicarakan atas tuduhan melakukan jenayah perang.

Mereka yang akan dibicarakan ialah orang kanan Pol Pot, Nuon Chea, 85; bekas Presiden, Khieu Samphan, 80; bekas Menteri Luar, Ieng Sary, 86.

Pol Pot meninggal pada tahun 1998.

Perbicaraan pemimpin kanan Khmer Rouge tersebut bermula pada Isnin dalam tribunal tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Perbicaraan itu diadakan selepas lebih 30 tahun kejadian yang mengorbankan kira-kira 1.7 juta orang.

Pertuduhan yang dikenakan terhadap pemimpin tersebut adalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, selain pelbagai jenayah lain mengikut undang-undang antarabangsa dan Kemboja, termasuk pembunuhan, perhambaan, penindasan agama dan layanan tidak berperikemanusiaan. -AP

Artikel Sebelum

Wartawan Turki Dibicarakan

Artikel Berikut

Artikel Lain