suria

Lagi Rumah Warga Tua Terbakar, Dua Maut

BORDEAUX (Perancis): Dua orang maut dan berbelas lagi cedera pada awal Jumaat apabila sebuah rumah penjaagan warga emas terbakar di kawasan Charente, barat daya Perancis, kata sumber rasmi.

Kebakaran menjadi lebih teruk apabila api merebak dari tingkat pertama, membunuh dua orang daripada 81 penghuni warga emas.

Dua belas lagi mangsa yang mengalami kecederaan dimasukkan ke hospital untuk dirawat.

Punca kebakaran masih tidak dapat diketahui. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain