suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Perempuan Bill Clinton Dilantik Wartawan NBC News

NEW YORK: Anak tunggal bekas Presiden Amerika, Bill Clinton iaitu Chelsea kini telah disahkan sebagai wartawan sepenuh masa stesen televisyen berpengaruh NBC News.

Stesen televisyen tersebut melalui Presidennya, Steve Capus telah dipetik oleh akhbar The New York Times sebagai berkata, Chelsea Clinton akan menyandang jawatan koresponden khas untuk rancangan "Making a Difference."

Katanya, pelantikan itu berkuatkuasa Isnin lalu.

"Making a Difference" muncul di bawah program NBC Nightly News. Ia adalah sebuah program berasaskan isu semasa yang popular.

Chelsea menjadi perhatian ramai sejak bapanya memenangi kerusi presiden pada tahun 1992. Beliau tinggal di White House iaitu kediaman dan pejabat rasmi presiden Amerika selama lapan tahun.

Ibunya, Hillary kini berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika (menteri luar) di bawah pentadbiran Barack Obama.

Sementara itu, Steve Capus dipetik sebagai berkata, mereka mula berbincang dengan Chelsea menerusi orang tengah pada Julai lalu.

"Ketika dalam salah satu pertemuan dan perbincangan itu saya telah bertanya kepadanya;"Apakah yang menarik minat anda..."

Dan katanya, Chelsea menjawab ketika dia masih bersama ibuanya sewaktu kempen untuk jawatan presiden pada tahun 2008, hatinya telah tersentuh dengan pelbagai cerita bagaimana individu melakukan sumbangan untuk tujuan tertentu.

"Jadi kami berbincang, seandainya beliau bersetuju untuk menyertai kami, mungkin itulah bidang yang ingin dia lakukan," kata Capus sambil menambah bahawa Chelsea turut menyatakan perkara yang sama.

Program "Making a Difference" memberi fokus kepada mereka yang telah melakukan kerja-kerja kesukarelawan dalam usaha untuk memperbaiki kehidupan orang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain