suria

Tiga Kenderaan Bertembung Di Afrika Selatan: 20 Maut

JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila tiga buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di sini, Selasa.

Menteri Pengangkutan Wilayah, Robin Carlisle dan Menteri Keselamatan, Dan Plato berkata dalam satu kenyataan bahawa 14 orang lagi mengalami kecederaan apabila dua buah teksi komuter dan sebuah trak bertembung sesama sendiri di senuah lebuh raya berhampiran kawasan pelancongan, Prince Albert, 120 kilometer dari Cape Town.

Carlisle berkata walaupun kempen untuk mendidik warga Afrika Selatan tentang kepentingan memandu dengan selamat, kemalangan maut sering berlaku dan mengorbankan sekeluarga.

Pihak berkuasa negara itu dikatakan semakin bimbang mengenai keselamatan di jalan raya dengan cuti hujung tahun dan jumlah perjalanan semakin meningkat di seluruh negara. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain