suria

Penduduk Bangkok Berang, Pecahkan Benteng Penahan Banjir

BANGKOK: Penduduk pinggir bandar Bangkok yang berang bertindak memecahkan benteng penahan banjir kerana hampa kawasan mereka ditelenggami air sedangkan pusat bandar Bangkok masih tidak terjejas, kata sumber rasmi pada Isnin.

Hampir 100 penunjuk perasaan berkumpul di satu seksyen benteng penahan banjir dekat daerah Don Mueang pada Ahad dan bertindak memindahkan beg pasir yang disusun dan memusnahkan benteng yang lebih besar.

Seorang ketua polis tempatan, Rangsan Praditphol memberitahu pemberita bahawa penduduk membuat pembukaan dinding yang cetek untuk melepaskan air daripada kawasan kejiranan mereka yang ditelenggami banjir.

"Mereka (penduduk) akan menghadang laluan lebuhraya jika kerajaan membaiki semula penghadang banjir yang dimusnahkan," katanya.

Benteng banjir tersebut dilihat sebagai pertahanan utama untuk mengelakkan pusat bandar Bangkok yang menempatkan hotel mewah dan pusta beli belah ditelenggami air bah.

Gerbang masuk utama negara gajah putih tersebut iaitu lapangan terbang Suvarnabhumi masih tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain