Heboh Peristiwa Langit "Terbelah" Di Pontianak - Dunia | mStar

Heboh Peristiwa Langit "Terbelah" Di Pontianak

JAKARTA: Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu "terbelah" dua pada Ahad namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.

Dalam kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

"Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat," Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews, Selasa.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah "crepuscular ray", iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

"Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Limkokwing University Akan Wujud Kampus Di Nepal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain