suria

Menteri Luar Liga Arab Bincang Krisis Syria Rabu Ini

ALGIERS: Menteri Luar Liga Aran akan mengadakan pertemuan di Rabat, ibu negara Maghribi, Rabu ini bagi membincangkan krisis yang berpanjangan di Syria, demikian menurut jurucakap Menteri Luar Algeria, Amar Belani.

“Kami sudah membuat keputusan mengenai mesyuarat Menteri Luar Liga Arab pada 16 November ini di Rabat mengenai isu Syria," katanya pada majlis berasingan sempena forum antara Turki dan Negara Arab, pada Isnin.

Belani berkata, mesyuarat di Kaherah pada 2 November lalu menyaksikan Menteri Liga Arab memutuskan memberi masa 15 hari kepada Syria untuk melaksanakan pelan damai Damsyik yang dipersetujui sebelum itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain