suria

Remaja Lelaki Australia Dicadang Dipenjara Tiga Bulan

DENPASAR (Indonesia): Pihak pendakwa raya Indonesia mencadangkan hukuman penjara selama tiga bulan dijatuhkan diberi kepada seorang remaja lelaki Australia yang didakwa di atas kesalahan memiliki dadah di sebuah resort di Bali.

Remaja berusia 14 tahun itu menghadapi hukuman maksimum enam tahun penjara selepas ditangkap di Bali pada Oktober dengan dadah jenis ganja seberat hampir tujuh gram semasa bercuti dengan ibu bapanya.

"Kami meminta tertuduh dipenjarakan selama tiga bulan iaitu satu tempoh masa yang singkat berbanding kebiasannya.

"Kami mengambil kira yang tertuduh merupakan seorang remaja dan tingkah lakunya boleh berubah," kata pendakwa raya I, Gusti Putu Gede Atmaja.

Di bawah undang-undang narkotik Indonesia, seorang individu bawah umur mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah, dia boleh terlepas dari hukuman penjara daenga dimasukkan ke pusat pemulihan.

Remaja lelaki tersebut ditahan sejak 4 Oktober apabila polis menahannya di kawasan pelancongan popular, Kuta.

Hakim dijangka akan memberi keputusan pada 25 November. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain