suria

Teksi Untuk Wanita Sahaja Di Colombia

MEDELLIN (Colombia): Sebuah syarikat pengangkutan awam di Colombia akan melancarkan perkhidmatan teksi khas untuk penumpang wanita sahaja, demikian menurut sumber rasmi.

Jenayah keganasan dan pembunuhan yang sering berlaku di Colombia, perkhidmatan teksi yang diberi nama Femtaxis itu dijalankan untuk menyediakan satu perkhidmatan yang melindungi keselamatan wanita.

Bandar Medellin, 400 kilometer dari Bogota yang sering berlaku jenayah, Femtaxis cuba untuk menyediakan satu perkhidmatan yang khusus dan terbaik untuk pelanggannya, kata seorang jurucakap syarikat tersebut pada Rabu.

Medellin mempunyai seramai 2.2 juta penduduk dan sebanyak 73 wanita menjadi mangsa pembunuhan dalam enam bulan pertama tahun 2011.

Idea menghasilkan Femtaxi adalah dari Jabatan Hal Ehwal Wanita bandar tersebut.

Seramai 400 pemandu teksi yang telah dilantik diberi latihan khas untuk memandu teksi yang ditanda khas dan memakai baju berwarna hijau. -AFP

The Femtaxi idea came from the city's women's affairs office. The 400 drivers who have been signed up are getting special training, specially marked cabs and green shirts. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain