suria

Ribut Luar Biasa Diramal Landa Alaska

ANCHORAGE: Ribut Laut Bering yang luar biasa menyebabkan taufan dan ombak setinggi 10.7 meter dikesan bergerak pantas menyeberangi pantai barat Alaska, pada Rabu.

Ribut yang bergerak pada kelajuan 96 kilometer sejam itu diramal membadai di barat Kepulauan Aleutian, kata Ketua Kaji Cuaca bagi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Anchorage, Andy Brown.

Katanya, angin kencang itu bakal melanda bandar pinggiran pantai, Nome malam ini dengan kelajuan angin mencecah 136 kilometer sejam serta menghasilkan ombak setinggi tiga meter, sekali gus memaksa penduduk di sekitar pantai itu membuat persediaan kecemasan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain