suria

Misi Kapal Angkasa Rusia Ke Marikh Gagal

MOSCOW: Misi pertama Rusia untuk ke planet Marikh selepas dua dekad tidak tercapai apabila sebuah kapal angkasa lepas tanpa pemandu dalam misi tersebut mengalami kerosakan selepas dilancarkan, demikian menurut sumber rasmi.

Ketua Roskosmos, Vladimir Popovkin berkata sebuah enjin kapal bernama Phobos-Grunt itu gagal berfungsi selepas sampai di orbit bumi sekaligus menggagalkan misi untuk membawa pulang tanah planet Marikh ke bumi.

Dalam satu forum di laman web rasmi misi tersebut, Anton Ledkov dari Institut Penyelidikan Angkasa Rusia berkata tiada isyarat daripada kapal angkasa tersebut namun pegawai angkasa masih dapat menjejakinya dan mempunyai tempoh tiga hari untuk memperbaiki kapal tersebut sebelum ia kehabisan bateri.

"Enjinnya tidak berfungsi namun tiada kebakaran berlaku dan ia bermaksud kapal angkasa tersebut tidak berfungsi dengan baik," katanya. -REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain