suria

Ribuan Bantu Aktivis Bayar Cukai

BEIJING: Artis dan aktivis, Ai Weiwei memberitahu, beribu-ribu penyokong memberi sokongan kepadanya untuk mengumpulkan wang bagi membayar cukai berjumlah $550,000 (kira-kira RM 1,712,425) yang dikenakan kerajaan.

Sebuah suratkhabar yang dimiliki oleh kerajaan memberi amaran bahawa tindakan tersebut adalah salah di sisi undang-undang.

Pada Isnin, Ai berkata, lebih daripada 16,000 individu telah mendermakan kira-kira 3.5 juta ($550,000) dalam tempoh masa seminggu selepas Biro Cukai Beijing memaklumkan bahawa dia berhutang $2.4 juta merangkumi cukai tidak berbayar dan denda.

Aktivis menyifatkan pungutan cukai tersebut sebagai hukuman terhadap Ai.

Seorang sukarelawan di studio milik Ai, Liu Yanping berkata, wang tersebut diterima sama ada dipindahkan ke adalam akuan atau dimasukkan ke dalam sampul surat dan dicampakkan di balik pintu pagar studio terbabit.

Seorang pakar yang tidak dinamakan berkata, perbuatan Ai adalah satu 'kutipan wang haram' seperti yang disiarkan di surat khabar tempatan, The Global Times. -AP

Artikel Lain