suria

Polis Filipina Lancar Gerakan Mencari Tiga Warga Korea

MANILA: Pihak berkuasa Filipina memberitahu, tiga lelaki warga Korea Selatan dilaporkan hilang di negara itu dan berkemungkinan diculik di wilayah selatan yang sedang bergolak.

Pegawai Polis Kanan, Superintendan Gerardo Rosales pada Isnin berkata, pihaknya telah melancarkan gerakan mencari tiga lelaki tersebut, iaitu Wu Seok-bung, Kim Nam-du dan In Soo-choi selepas mereka tidak pulang ke hotel yang terletak di selatan Cagayan de Oro City pada 21 Oktober lalu.

Rosales menambah, ketiga-tiga lelaki itu dikatakan menggembara ke Lanao de Norte untuk memeriksa tapak lombong dan berkemungkinan diculik oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Kementerian Luar Negara Korea Selatan di Seoul pula bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan culik tersebut. -AP

Artikel Lain