suria

Ejen Terlibat Dalam Kejadian Tembakan Di McDonalds Didakwa

HONOLULU: Pihak berkuasa tempatan memberitahu, seorang ejen persekutuan telah didakwa kerana terlibat dalam kejadian tembakan yang mengakibatkan seorang maut di sebuah restoran McDonalds di Hawaii.

Media tempatan, The Honolulu Star-Advertiser melaporkan, ejen tersebut Christopher Deedy, 27, menghadapi tuduhan membunuh tahap kedua dan penggunaan senjata api dalam pelakuan feloni.

Jaminan ditetapkan pada jumlah $250,000

Polis mengesahkan mangsa yang dikenali sebagai Kollin Elderts, 23, adalah penduduk tempatan di Windward Oahu.

Deedy ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian dan tidak dapat dipastikan sekiranya dia berada di Hawaii kerana terlibat dalam Sidang Kemuncak Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan di pulau berkenaan. -AP

Artikel Lain