suria

Dua Maut Dalam Serangan Bom Berani Mati

PESHAWAR: Polis tempatan memberitahu, seorang bekas pegawai kerajaan dan pengawal keselamatannya maut dalam serangan oleh seorang pengebom berani mati dalam kejadian yang berlaku di barat laut Pakistan.

Pegawai Polis, Ijaz Khan berkata, pengebom berani mati itu meletupkan bahan letupan terbabit apabila pegawai tersebut, Malik Hanif Khan Jadoon meninggalkan masjid di daerah Swabi yang terletak di dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Beliau menambah, Malik dan pegawalnya terbunuh manakala sembilan yang lain cedera termasuk anak bekas pegawai terbabit.

Malik adalah pegawai kanan di Swabi dan merupakan ahli Parti Kebangsaan Awami (ANP) yang sering menjadi sasaran Taliban Pakistan.

Malik dan keluarganya dikatakan baru selesai menunaikan solat sunat AidilAdha apabila kejadian tersebut berlaku. -AP

Artikel Lain