suria

Beratus-Ratus Pendaki Everest Berlepas Pulang

KATMANDU: Kenyataan rasmi oleh pihak berkuasa Nepal memberitahu, beratus-ratus pendaki yang terkandas di kawasan Gunung Everest sejak minggu lalu telah berlepas pulang, selepas cuaca di satu-satunya lapangan terbang di situ berada dalam keadaan baik.

Ketua Polis Daerah, Ramesh Khakda berkata, 20 penerbangan telah berlepas dari Lapangan Terbang Lukla pada Isnin pagi, manakala penerbangan lain dijadualkan berlepas sepanjang hari.

Semua penerbangan telah ditangguhkan sejak seminggu lalu ekoran keadaan cuaca yang buruk.

Beberapa helikopter kecil telah menjalankan misi menyelamat pada Ahad, tetapi kapal terbang tidak dapat mendarat atau berlepas dari Lukla, yang terletak pada ketinggian 9,200 kaki (2,800 meter). -AP

Artikel Lain