suria

Syria Tawar Pengampunan Kepada Individu Serah Senjata

DAMSYIK: Kementerian Dalam Negeri Syria semalam menawarkan pengampunan kepada rakyatnya yang menyerahkan senjata masing-masing kepada pihak berkuasa sebelum 12 November ini.

Menurut satu laporan televisyen negeri, kementerian tersebut menyeru sesiapa saja yang memiliki, menjual, mengedar, membeli, meminjam senjata dan tidak pernah melakukan pembunuhan untuk menyerahkan peralatan tersebut kepada balai polis berhampiran di daerah masing-masing bermula hari ini (Sabtu) sehingga 12 November.

"Mereka yang berbuat demikian akan bebas dan diberikan pengampunan," jelas laporan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain