suria

Ribuan Penunjuk Perasaan Laung Slogan Perkauman Di Rusia

MOSCOW: Beribu-ribu pejuang nasionalis Rusia, yang kebanyakannya menjerit slogan berbaur perkauman, mengadakan demonstrasi di sini, semalam, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap ketegangan antara kaum di negara ini.

Tunjuk perasaan yang digelar 'Perarakan Rusia' itu, yang diadakan pada hari cuti umum bagi memperingati Hari Perpaduan Negara, menghimpunkan beribu-ribu peserta di daerah Lublino, tenggara Rusia.

Kebanyakan penunjuk perasaan menjerit slogan 'Rusia untuk Rusia,’ 'Eropah untuk bangsa kulit putih,’ dan 'Kemenangan untuk kemerdekaan Rusia' serta mendakwa terlalu banyak pembiayaan diberikan kepada masyarakat Islam di wilayah Kaukasus dekat utara negara ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain