suria

Proton Belanja RM200 Juta Untuk Program Kenderaan Ujian

SURREY: Proton, yang menetapkan sasaran untuk melancarkan Exora Range Extended Electric Vehicles (REEV) dan Elektrik Kenderaan (EV) Persona menjelang 2013, berkemungkinan akan membelanjakan kira-kira RM200 juta sehingga akhir program Kenderaan Ujian Kumpulan (FTV).

Pengarah Projek Jabatan Teknologi Hijau Datuk Zainuddin Che Din berkata jumlah berkenaan bagi tempoh antara projek bermula pada 2008 hingga 2012.

Beliau berkata pembuat kereta nasional itu telah memohon geran dan kerajaan telah bersetuju untuk memberinya.

"Geran telah dijanjikan tetapi kami belum menerima lagi, jadi sehingga itu Proton perlu mengeluarkan wang sendiri untuk projek tersebut.

"Sebaik sahaja kami menerima geran berkenaan, barulah kami boleh mengimbangi dengan wang yang dibelanjakan," katanya kepada Bernama selepas taklimat media mengenai kemajuan rancangan kenderaan elektrik Proton di sini.

Selain daripada jumlah itu, Zainuddin berkata Proton menjangkakan ia berkemungkinan perlu melabur 10 peratus hingga 20 peratus lagi daripada RM200 juta itu bagi fasa berikutnya.

Exora REEV adalah model hibrid dengan pengecas dan grid keupayaan yang mengecas pek bateri bagi menawarkan bahan api ekonomi yang terbaik untuk pemanduan di bandar dan lebuh raya.

Di bawah kategori REEV, Proton menjadi peneraju. Saga EV adalah kenderaan elektrik.

Mengikut program FTV, Proton akan menyerahkan 200 unit Exora REEV dan 120 unit Saga EV secara berperingkat-peringkat.

"Menjelang akhir tahun ini, 50 Exora dan 20 Saga akan diserahkan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada program FTV.

"Pada pertengahan 2012, segala-galanya akan dibekukan dan beralih kepada pengeluaran ke pasaran kereta pada 2013," katanya.

Pada 14 Sept, Proton menyerahkan lima unit Exora REEV dan tiga unit Saga EV kepada kerajaan di bawah fasa pertama program FTV.

Zainuddin berkata Proton akan menyampaikan secara berperingkat-peringkat supaya kelompok itu akan menjadi versi yang baik atau berkembang.

Beliau berkata pengkomersilan REEV dan EV akan memacu pembuat kereta nasional itu ke pasaran eksport yang lebih besar.

Mengenai kemudahan EV, Zainuddin berkata menjelang 2013, kira-kira 125 stesen mengecas akan diperlukan di Lembah Klang.

"Antara tempat-tempat yang kita cari untuk dicadangkan ialah kawasan pasar raya dan tempat letak kereta," katanya. Pada masa ini, terdapat tujuh stesen mengecas.

Sementara itu, kerajaan sedang berbincang dengan Tenaga Nasional Bhd mengenai kemungkinan caj itu.

Zainuddin berkata Proton tidak memilih untuk menggunakan perkataan "hibrid" untuk mengelakkan orang ramai mengaitkannya dengan jenama kereta hibrid lain di pasaran.

Ia lebih suka dipanggil REEV dan EV, katanya.

Proton akan mengambil bahagian untuk kali kedua pada 2011 RAC Brighton bagi Cabaran Kereta Masa Depan London hari ini, cabaran permotoran baru untuk kenderaan elektrik, hibrid dan pelepasan rendah ICE untuk menggunakan tenaga terendah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain