Pameran Pelancongan Malaysia Tarik Pengunjung Singapura - Dunia | mStar

Pameran Pelancongan Malaysia Tarik Pengunjung Singapura

SINGAPURA: Peserta industri pelancongan kembali sekali lagi dengan pakej pelancongan menarik untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi percutian ideal dan berbaloi bagi wang di Pameran Pelancongan Malaysia Ke-8 di sini.

Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Dr Victor Wee berkata dengan musim cuti sekolah tidak lama lagi, pameran itu adalah tepat pada masa dalam membantu rakyat Singapura mendapatkan maklumat berharga dan sumber bagi pakej percutian dan meneroka idea percutian baharu yang menarik.

"Apa yang penting, mereka mendapat tawar menawar yang baik, janji niaga menarik dan pakej pelancongan yang sesuai dengan bajet dan minat mereka," katanya dalam ucapan beliau di majlis perasmian di sini, Jumaat.

Pameran tiga hari itu yang bermula hari ini dianjurkan oleh Express Bus Agencies Association (EBAA).

Turut hadir ialah pengarah Tourism Malaysia bagi Singapura Zalizam Zakaria.

Lebih 100 peserta pameran menawarkan pelbagai pakej, produk dan perkhidmatan daripada hotel, resort, inap desa, taman tema, pelayaran, eko-pelancongan, golf dan spa hinggalah kepada membeli belah dan hiburan. Dr Wee berkata semua pakej pelancongan kreatif ini disasar menggalakkan pelancong Singapura melihat Malaysia dengan perspektif baharu dan melawat tempat menarik yang baharu dan kurang dikenali. Beliau berkata pameran pelancongan tahunan ini yang dikhususkan untuk mempromosi dan menjual Malaysia sebagai destinasi percutian, memberikan peluang besar kepada peserta industri pelancongan Malaysia untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

"Saya diberitahu bahawa buat pertama kalinya tahun ini, EBBA menawarkan syarikat penerbangan untuk menyertai dalam pameran pelancongan," katanya sambil menambah ini akan menyediakan pilihan pengangkuan bagi orang Singapura untuk berkunjung ke Malaysia.

Selain menarik pelancong Singapura, Dr Wee berkata pameran itu juga membantu meningkatkan muhibbah, pemahaman dan hubungan mesra antara rakyat kedua-dua negara.

Dr Wee berharap Malaysia akan terus menjadi destinasi pilihan kepada pengunjung bukan hanya dari Singapura tetapi juga dari seluruh dunia.

"Saya yakin Pameran Pelancongan Malaysia 2011 akan mewujudkan kesedaran dan merangsang lebih banyak minat untuk berkunjung ke Malaysia," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Iran Ancaman No.1 AS

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain