suria

Serangan Bom: Enam Maut di Selatan Thailand

BANGKOK: Sekumpulan lelaki bersenjata disyaki pemisah Islam membunuh enam orang dalam satu serangan bom dan tembakan di selatan Thailand, pada Rabu, kata polis.

Sebuah trak yang membawa tujuh penduduk kampung diletupkan menggunakan bom yang diletakkan di tepi jalan di daerah Ra Ngae, Narathiwat sebelum kumpulan bersenjata tidak dikenali itu melepaskan tembakan.

"Sepasukan askar bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mereka namun militan meletupkan bom kedua, menyebabkan dua tentera cedera," kata seorang anggota polis yang enggan dikenali. - AFP

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Mexico

Artikel Lain