suria

Kembar Siam Dipisahkan Selepas 10 Jam Dibedah

SAN FRANCISCO: Sepasang kembar siam perempuan dari Filipina pulih sepenuhnya selepas berjaya dalam pembedahan untuk memisahkan mereka di California, kata jurucakap hospital itu, pada Khamis.

Angelina dan Angelica Sabuco yang dilahirkan melekat di dada dan abdomen dipisahkan oleh 20 doktor dalam tempoh 10 jam pembedahan di Hospital Kanak-Kanak Lucile Packard, di Palo Alto.

Sehari selepas pembedahan, jurucakap operasi, Reena Mukamal berkata: "Keluarga pasangan kembar kini bersama-sama di dalam unit rawatan intensif pediatrik" di hospital selatan San Francisco.

"Pasangan kembar dalam keadaan stabil dan dijangka dua atau tiga hari lagi dan mereka mampu bernafas dengan sendiri," katanya. -AFP

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Mexico

Artikel Lain