suria

Pekerja Filipina Dilarang Bekerja Di 41 Negara

MANILA: Kerajaan Filipina pada Rabu berkata negara itu akan melarang rakyatnya daripada bekerja di sebanyak 41 buah negara dan wilayah yang didakwa gagal melindungi mereka daripada penganiayaan.

Jabatan Buruh dan Penggajian dalam resolusi mesyuratnya lembaganya mengeluarkan kenyataan di laman web rasmi menyenarai hitamkan negara-negara yang gagal menandatangani konvensyen antarabngsa yang melindungi pekerja asing.

Negara-negara tersebut juga tidak menandatangani perjanjian dua hala dengan Filipina dalam "pelindungan hak pekerja Filipina di luar negara," kata resilusi tersebut.

Menurut resolusi itu lagi, negara tersebut juga tidak mempunyai undang-undang sendiri yang melindungi pekerja asing.

Antara negara yang disenarai hitamkan adalah Aghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Chad, dan Pakistan.

Bilangan rakyat Filipina yang bekerja di luar negara adalah dianggarkan sebanyak sembilan juta atau 10 peratus daripada jumlah populasi negara tersebut, demikian menurut statistik rasmi. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bapa Charice Mati Ditikam

Artikel Lain