suria

PM Baru Libya Hadapi Cabaran Besar

TRIPOLI: Perdana Menteri Libya yang baru dilantik pada Isnin, Abdel Rahim Al-Keib, merupakan teknokrat yang tidak dikenali namun dilihat berhadapan dengan cabaran besar membina semula Libya selepas mendapat kepercayaan majlis revolusioner Libya.

Merupakan seorang ahli akademik dan ahli perniagaan yang berada, Keib tinggal di luar negara selama beberap dekad sebagai penentang Muammar Gaddafi sebelum menyertai revolusi pro demokrasi yang bermula pada Feuari dan berakhir dengan kejayaan memihak kepadanya pada 20 Oktober.

Pemilihan Keib adalah berdasarkan pengalamannya sebagai teknokrat, bantuan kewangannya kepada Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dan persembahan usulnya kepada ahli NTC yang mengundi.

"Aspek utama dalam pimpinan beliau adalah kestabilan negara, bidang keselamatan dan bidang ketenteraan yang akan berada dalam kawalan kementerian dalam negeri," kata Ketua Hal Ehwal politik NTC, Fathi Baja.

"Beliau juga berjanji akan menyediakan keperluan asas untuk rakyat Libya."

Keib meraih 26 daripada 51 undi untuk menjadi Perdana Menteri baru libya mengalahkan empat calon yang lain.

Dilahirkan pada tahun 1950, Keib berasal daripada keluarga kenamaan dari wilayah Sabratha.

Beliau menerima pendidikan sebagai seorang jurutera elektrik di Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun 1980an kemudian mengajar di fakulti sains di AS, Tripoli dan bekerja sebagai orang kanan di sebuah institut petroleum dekat Emiriah Arab Bersatu

Pada tahun 2005 beliau mengasaskan syarikat International Company for Energy and Technology di Libya. -AFP

Artikel Lain