suria

Qantas Buat Penerbangan Pertama

SYDNEY: Syarikat penerbangan, Qantas membuat penerbangan pertamanya pada Isnin selepas pergantungan semua penerbangannya selama dua hari berakhir, demikian seperti yang dilihat pemberita.

Penerbangan pertama yang berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Sydney itu adalah QF11.

Destinasi pesawat tersebut adalah Los Angeles dan berlepas pada pukul 2 petang waktu tempatan.

Penerbangan tersebut dilakukan selepas syarikat penerbangan tersebut menerima kebenaran daripada pemerhati keselamatan untuk terbang semula. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain