Mangsa Gempa Bumi Di Turki Berhadapan Musim Sejuk - Dunia | mStar

Mangsa Gempa Bumi Di Turki Berhadapan Musim Sejuk

ERCIS: Seminggu selepas gempa bumi kuat di tenggara Turki, mangsa-mangsa yang terselamat merayau-rayau di jalanan sekitar rumah yang musnah, sebahagiannya mengadu belum mempunyai khemah bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba.

Semalam, angka kematian rasmi meningkat kepada 582 orang.

Bandar Ercis adalah yang paling teruk dilanda gempa sekuat 7.2 skala Richter itu dengan 455 kematian.

Mangsa terakhir diselamatkan adalah seorang remaja lelaki 13 tahun pada awal pagi Jumaat lalu, dia adalah orang ke-188 diselamatkan.

Harapan untuk menemui mangsa lain yang masih hidup semakin pudar.

Pihak berkuasa negeri yang menerima tekanan ekoran tindak balas yang lambat pada hari-hari awal tragedi berkata khemah akan diberikan kepada keluarga-keluarga hanya setelah rumah mereka disahkan tidak boleh didiami lagi.

Artikel Sebelum

Ketabahan Pasangan OKU Tunai Haji

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain