suria

Serangan Bom Berkembar, 18 Terbunuh Di Iraq

BAGHDAD: Seramai 18 orang terkorban pada Khamis dalam dua kejadian letupan bom di Shiite, Baghdad.

Kejadian merupakan serangan paling tragik menggegar Iraq sejak Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan pengunduran penuh angkatan tenteranya dari situ pada akhir tahun ini. Dua anggota polis berkata, letupan pertama berlaku di kedai muzik selepas jam 7 malam menyebabkan dua maut manakala letupan kedua empat minit kemudian ketika anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini. -AP

Artikel Lain