suria

Putera Nayef Dilantik Putera Mahkota Arab Saudi Yang Baru

Putera Nayef Abdulaziz
Putera Nayef Abdulaziz
Putera Nayef Abdulaziz

DUBAI: Raja Arab Saudi Raja Abdullah melantik Menteri Dalam Negeri Putera Nayef sebagai putera mahkota yang baru, demikian menurut satu kenyataan diraja dibacakan menerusi televisyen awal pagi Jumaat.

“Kami telah memilih Putera Nayef Abdulaziz sebagai putera mahkota,” kata kenyataan dibawakan oleh agensi berita negara itu SPA.

Putera Nayef menggantikan Putera Sultan yang mangkat ekoran kanser di New York minggu lalu.

Putera Sultan juga merupakan Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan hampir lima dekad.

Belum ada pelantikan bagi mengisi kedua-dua jawatan itu. — REUTERS

Artikel Lain