Mogok: Qantas Airways Batal 70 Penerbangan - Dunia | mStar

Mogok: Qantas Airways Batal 70 Penerbangan

SYDNEY: Qantas Airways membatalkan 70 penerbangan berikutan tindakan mogok yang dilakukan pekerja di lapangan terbang.

Syarikat penerbangan Australia itu berkata, kira-kira 10,000 penumpang akan terjejas apabila mogok berkenaan dilancarkan Kesatuan Pekerja Pengangkutan pada Jumaat.

Qantas berdepan mogok kesatuan berkenaan yang diwakili mekanik pesawat, juruterbang, pengendali bagasi dan penyedia makanan. Ahli kesatuan itu bimbang terhadap perancangan syarikat berkenaan untuk memindahkan pekerjaan ke luar negara dan menuntut supaya gaji dinaikkan serta persekitaran tempat kerja ditingkatkan.

Perdana Menteri, Julia Gillard berkata, kerajaan akan campur tangan sekiranya mogok bermula kerana ia boleh mengancam ekonomi negara. - AP

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Turki

Artikel Berikut

NTC Jamin Heret Pembunuh Gaddafi Ke Mahkamah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR