suria

Lapangan Terbang Kedua Bangkok Ditutup

BANGKOK: Krisis banjir di Thailand makin meruncing dengan lapangan terbang komersial kedua Bangkok dibanjiri air dan terpaksa ditutup oleh pihak berkuasa pada Selasa.

Penutupan lapangan terbang Don Muang itu sekaligus menunda kesemua penerbangan yang dijadualkan.

Ukuran paras air yang memasuki lapangan terbang penerbangan domestik tersebut dilaporkan tidak dapat dikawal.

Kejadian tersebut meluaskan lagi persoalan tentang kredibiliti kerajaan yang seakan tidak pasti dapat menangani bencana yang paling teruk dalam masa 60 tahun di negara gajah putih itu.

Lapangan terbang utama Bangkok, Suvarnabhumi Airport masih tidak terjejas dan penerbangan berjalan seperti biasa.

Para penumpang penerbangan di Don Muang kelihatan keliru sama ada dapat meneruskan penerbangan atau meninggalkan kawasan kerana tidak tahu penerbangan telah dibatalkan.

Kejadian banjir di Don Muang menunjukan kekcohan yang berlaku di Thailand akibat banjir yang telah membunuh sebanyak 366 orang setakat ini. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain