suria

Gaddafi Dikebumi Di Lokasi Rahsia

MISRATA (Libya): Satu majlis tentera Misrata berkata Muammar Gaddafi, anak lelakinya, Muatassim dan seorang penolong kanannya telah dikebumikan pada waktu subuh, Selasa di sebuah lokasi rahsia dengan hanya dihadiri beberapa orang ahli keluarga dan pegawai.

Dalam satu pesanan ringkas yang ditunjukkan kepada pemberita, jurucakap, Ibrahim Beitalmal berkata Gadhafi dikebumikan secara Islam namun maklumat tersebut tidak dapat disahkan.

Mayat ketiga-tiga mereka disimpan dalam bilik sejuk di Misrata sejak mereka ditangkap berhampiran kampung halamannya di Sirte pada Khamis lalu.

Gaddafi dan Muatassim ditangkap hidup-hidup dengan beberapa luka didapati di badan mereka namun meninggal dunia tanpa sebab yang tidak dapat dipastikan pada hari yang sama..

Pemimpin sementara Libya berjanji akan melakukan penyiasatan di atas tekanan yang diberikan pihak antarabangsa.

Pada Isnin, Beitalmal berkata ketiga-tiga mayat itu akan dikebumikan di kubur yang tidak bertanda di sebuah lokasi rahsia untuk mengelak dari berlakunya vandalisma. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain