suria

Singapura Akan Kurangkan Pergantungan Pekerja Asing

SINGAPURA: Singapura akan meneruskan usaha untuk menyederhanakan pergantungan pada pekerja asing dan memastikan mereka terus melengkapi tenaga kerja tempatan.

Menteri Tenaga Kerja dan Pembangunan Negara, Tan Chuan-Jin berkata kerajaan sedar akan kesan daripada peningkatan jumlahnya dan mula menentukur pertumbuhannya pada Jun 2009.

"Penentukur seterusnya dilakukan pada Julai 2010, dan baru-baru ini pada Julai 2011 dan seterusnya akan dilakukan pada Januari 2012 di mana kami akan mengumumkan beberapa langkah," katanya semasa membahaskan Ucapan Presiden pada persidangan Parlimen.

Tan berkata ini membabitkan gabungan peningkatan levi, memperketatkan kemasukan dan kriteria kelayakan, meningkatkan kelayakan gaji dan sebagainya - untuk menyederhanakan pergantungan pada pekerja asing dan memastikan pekerja asing terus melengkapi "tenaga kerja tempatan kita".

Dan kami akan terus memantau perkara ini, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain