Polis Filipina Cari Ahli Perniagaan Malaysia Yang Diculik - Dunia | mStar

Polis Filipina Cari Ahli Perniagaan Malaysia Yang Diculik

MANILA: Polis Filipina sedang giat menjalankan usaha mencari ahli perniagaan ikan warga Malaysia yang diculik ke selatan negara itu, yang terkenal sebagai sarang aktif kumpulan militan Abu Sayyaf.

Gabenor Sadikul Sahali berkata pada Ahad, Pang Choon Pong yang datang ke wilayah Tawi Tawi kira-kira dua minggu lalu atas urusan perniagaan diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dengan menggunakan bot laju.

Pegawai polis Tawi Tawi Aminkadra Idjilani, rakannya yang juga warga tempatan tidak dapat berbuat apa-apa walaupun ahli perniagaan tersebut menjerit meminta pertolongan ketika diculik kerana kumpulan penculik itu lengkap bersenjata.

Pada awalnya, Pang telah disalah tafsirkan sebagai warga China.

Sahali berkata sebuah jawatankuasa krisis sedang mengendalikan kes tersebut.

Kumpulan Abu Sayyaf kini menahan seorang lagi warga Malaysia, India dan Jepun di sebuah kawasan berhampiran Pulau Jolo. - AP

Artikel Sebelum

Bangkok Dijangka Dilanda Banjir Pada Ahad

Artikel Berikut

Banjir Di Bangkok Terkawal:PM Thailand

Artikel Berkaitan

Artikel Lain