suria

Israel Kemuka Rancangan Bina Perumahan Haram Baru

BAITULMAQDIS: Israel secara rasminya mengemukakan rancangan untuk membina perumahan haram baru di timur Baitulmaqdis yang bakal menjadi sektor pertama pembukaan daerah baru dalam tempoh 14 tahun akan datang, lapor agensi Peacer Now pada Jumaat.

Pengumuman pembinaan kawasan perumahan di daerah Govat Hamatos, timur Baitulmaqdis itu menerima kritikan daripada Palestin dengan ketua pasukan perunding damainya, Saeb Erakat menyifatkannya sebagai cubaan untuk memusnahkan semua peluang mencari penyelesaian konflik kedua-dua pihak tersebut.

Rakyat Palestin mahu Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis sebagai sebahagian daripada wilayah negara tersebut pada masa hadapan.

Sebagai membantah tindakan tersebut, mereka enggan meneruskan rundingan damai sehingga pembinaan itu dihentikan.

Israel berkata, isu sedemikian seharusnya dibincangkan melalui rundingan.

Anggota Majlis Perbandaran Baitulmaqdis, Meir Margalit menyatakan rasa sangsi rancangan itu akan diluluskan sekiranya dipersetujui dalam tempoh 60 hari.

"Tiada sebarang tanda bahawa perumahan haram baru itu akan dibina di wilayah tersebut," katanya.

Artikel Lain