suria

Lapan Pusat Simpanan Minyak Kazakhstan Terbakar

ASTANA, Kazakhstan Seramai lapan pekerja maut dalam satu kejadian kebakaran di pusat penyimpanan minyak ketika kerja-kerja penyelengaraan sedang dilakukan, di sini, pada Selasa.

Menurut syarikat pembekal minyak kenderaan KazTransOil, ketika kejadian, para pekerja sedang membersihkan peralatan dan tiba-tiba kebakaran bermula sekali gus menyebabkan letupan.

“Letupan berlaku dipercayai akibat saluran gas bocor ketika pekerja sedang membersihkan penyimpanan sisa takungan minyak dan seramai lapan orang maut,” katanya. – AFP

Artikel Lain