suria

Myanmar Akan Bebaskan 6,300 Tahanan

YANGON: Dalam satu pengumuman yang jarang-jarang berlaku, Myanmar pada Selasa mengumumkan bahawa mereka akan membebaskan 6,300 orang tahanan.

Pembebasan tersebut akan bermula secara berperingkat mulai Rabu.

Bagaimanapun, kerajaan junta tentera itu tidak pula menyatakan secara spesifik sama ada ia turut meliputi tahanan politik.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang dilantik oleh kerajaan junta membuat satu kenyataan menyeru agar diberi pengampunan kepada tahanan-tahanan yang "tidak bersalah".

Menurut suruhanjaya itu, membebaskan tahanan yang tidak mengancam keselamatan negara akan membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

Artikel Sebelum

Artikel Lain