suria

Isu Sempadan: Malaysia-Indonesia Perlu Wujud SOP

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) dalam pengurusan sempadan bersama maritim dan darat antara Malaysia dan Indonesia perlu diwujudkan untuk mengelak sebarang kemungkinan pertelingkahan di masa depan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata garis panduan itu perlu untuk menguruskan tuntutan bertindih membabitkan kawasan maritim atau darat yang dapat menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

"Mesyuarat pada Selasa berlangsung dalam suasana yang positif, berterus terang dan mesra. Kami membincangkan pelbagai topik, termasuk keperluan bagi kedua-dua pihak untuk mempercepatkan rundingan yang sedang berlangsung berkaitan klausa sempadan maritim dan persempadanan.

"Turut diwujudkan ialah garis panduan bersama berhubung tuntutan bertindih di kawasan maritim bagi kedua-dua agensi penguatkuasaan maritim," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-11 antara Malaysia dan Indonesia di sini.

Anifah mempengerusikan bersama mesyuarat itu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Dr R.M Marty M.Natalegawa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain