suria

Presiden Yaman Sedia Letak Jawatan

SANAA: Setelah lebih lapan bulan demonstrasi antikerajaan berlaku, Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh pada Ahad mengumumkan sedia berundur daripada kepimpinannya yang berusia 33 tahun dalam masa terdekat namun enggan menyerahkannya kepada pihak pembangkang. “Saya tidak mahu lagi berkuasa dan akan melepaskan jawatan sebagai Presiden dalam masa beberapa hari akan datang. “Saya menyeru kepada semua penyokong saya agar bersedia menghadapi pelbagai cabaran akan datang,” katanya ketika berucap menerusi siaran televisyen sambil menyelar pihak pembangkang. Saleh, 69, berkata adalah mustahil untuk menyerahkan kuasa kepimpinan kepada pembangkang yang hanya akan memusnahkan lagi Syria. Katanya, terdapat pemimpin yang ikhlas di Yaman untuk memegang tampuk kuasa sama ada mereka anggota tentera atau orang awam. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banjir Di Thailand Semakin Buruk

Artikel Lain