KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter melanda selatan kepulauan Kermadec, New Zealand pada pukul 4.58 petang Jumaat.Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini berkata gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. -BERNAMA