Dua Terbunuh, 20 Cedera Dalam Serangan Bas Di Filipina - Dunia | mStar

Dua Terbunuh, 20 Cedera Dalam Serangan Bas Di Filipina

COTABOTA: Tembakan daripada sekumpulan lelaki bersenjata ke arah dua buah bas di kawasan bermasalah di selatan Filipina, Jumaat, telah mengorbankan dua penumpang dan mencederakan 20 yang lain.

Polis berkata serangan yang dikategorikan sebagai percubaan rompakan atau penculikan yang gagal itu adalah kejadian keganasan terbaru yang berlaku di wilayah Maguindanao. Sebelum ini, puak politikus tempatan di situ telah dituduh sebagai punca kematian 57 orang awam pada kejadian 2009.

Ketua polis daerah Felicisimo Khu berkata para penumpang bas itu mula ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian seperti tentera apabila bas terbabit enggan berhenti dan melepasi sekatan mereka.

Salah seorang daripada 22 mangsa yang cedera, Veronica Cruz berkata pemandu bas tersebut menyangka kumpulan tersebut adalah perompak dan terus memecut serta merempuh sekatan di depannya. Sebuah lagi bas juga melakukan perkara yang sama.

“Pemandu itu nampak ada sekumpulan lelaki bersenjata mengadakan sekatan jalan raya di hadapan tetapi tidak tanda yang menunjukkan mereka adalah polis atau tentera.

“Pemandu bas itu mengesyaki kumpulan itu adalah perompak kerana mereka menghalang jalan dengan menggunakan batu tongkol dan dahan pokok.

“Dia (pemandu) sempat menjerit kepada kami (penumpang) untuk segera tunduk sebelum merempuh penghadang dan disusuli dengan beberapa das tembakan daripada kumpulan itu,” kata Cruz.

Kedua-dua buah bas itu terus menuju ke hospital bagi membolehkan penumpang yang tercedera mendapat rawatan dengan serta-merta.

Namun, polis mengesahkan dua daripada 22 mangsa dalam kedua-dua bas terbabit terbunuh selepas tiba di hospital. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain