suria

Russia Lancar Satelit INTELSAT AS

MOSCOW: Russia berjaya melancarkan satelit INTELSAT AS ke angkasa lepas pada Rabu dengan menggunakan pembawa roket Zenit dari Pusat Angkasa Baikonur di Kazakhstan, kata Pegawai Agensi Angkasa Lepas Russia.

Pelancaran itu menambah berita baik kepada industri angkasa lepas negara berkenaan yang kembali seperti biasa selepas beberapa kegagalan berprofil tinggi, baru-baru ini.

"Pelancaran roket Zenit 3SLB yang membawa satelit INTELSAT diadakan di Baikonur" pada kira-kira jam 2100 GMT, kata agensi berita Interfax. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain