suria

Pemergian Steve Jobs, Satu Kehilangan Yang Menyedihkan - Bill Gates

SAN FRANCISCO: Kematian pengasas Apple, Steve Jobs akan memberi kesan kepada dunia untuk tempoh yang lama, kata pengasas Microsoft, Bill Gates.

Beliau menyifatkan kematian Jobs hari ini sebagai satu kehilangan yang menyedihkan dan menyifatkan persahabatan antara mereka sebagai penghormatan yang tiada ternilai.

“Steve dan saya kali pertama bertemu hampir 3 lalu dan sehingga itu menjadi sahabat baik, rakan pesaing hampir separuh daripada hidup kami," katanya.

“Dunia jarang mempunyai seseorang yang mempunyai kesan yang besar seperti yang dimilik Steve, kesan yang akan dirasai berzaman lamanya," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain