suria

NATO Timbang Untuk Berundur Dari Libya

BRUSSELS: Pakatan NATO pada Khamis dilaporkan sedang menimbang untuk menamatkan kempen di Libya selepas tentera rejim Muammar Gaddafi hampir lumpuh manakala pergerakan mereka tidak lagi mudah dipantau menggunakan pesawat pejuang pakatan itu.

Ketika ini tentera yang masih setia dengan bekas Presiden itu berada di sekitar Sirte dan Bani Walid serta bersembunyi di kawasan penduduk tempatan sehingga penggunaan jet pejuang NATO tidak begitu efektif serta mendedahkan risiko kematian kepada rakyat tempatan.

“Kekuatan tentera udara kini tidak begitu sesuai sebagai senjata serangan," kata seorang pegawai Barat.

Pengikut Gaddafi yang diburu pula sebelum ini melarikan diri merentasi gurun terbuka dan jalan raya kini bukan lagi menjadi sasaran mudah NATO kerana mereka kini sudah mendiami kawasan berpenduduk.

“Anda tidak boleh menembak ke arah mereka yang tidak ada di kawasan itu," kata pegawai yang enggan namanya disiarkan itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain