suria

Penganggur Tak Sengaja Menang Loteri RM79 Juta

ATLANTA (Amerika Syarikat): Kesilapan seorang pekerja kedai membawa kepada kemenangan besar untuk seorang wanita menganggur apabila wanita tersebut memenangi hadiah loteri berjumlah RM79 juta, kata seorang pegawai syarikat Georgia Lottery.

Kathy Scruggs, 44 memenangi hadiah utama itu selepas nombor tiket loterinya sepadan dengan cabutan perjudian tiket loteri antara negeri, Powerball yang dibuat pada 14 September.

Menurut Scruggs dia sebenarnya ingin membeli tiket loteri jenis Mega Millions namun sebaliknya pekerja kedai itu memberi tiket loteri Powerball.

Bagaimanapun dia tetap membeli kedua-dua jenis tiket loteri tersebut.

Scruggs mengambil hadiahnya di ibu pejabat Georgia Lottery di Atlanta.

Wanita bertuah itu berkata dia memilih untuk mengambil hadiah dalam bentuk wang tunai dan akan menerima wang sejumlah 48,263,762 sebelum cukai.

Scruggs yang sedang mencari pekerjaan selepas hilang jawatan dalam kemelut ekonomi pada musim bunga lepas kini merancang untuk membeli sebuah kereta, bercuti dan membantu keluarganya juga orang lain. -AP

Artikel Sebelum

Tembakan Di Kuari: Dua Maut

Artikel Berikut

Artikel Lain