suria

Militan Somalia Berikrar Untuk Lancar Lebih Banyak Serangan

MOGADISHU: Kumpulan militan sekutu al-Qaida mengancam untuk terus meningkatkan serangan demi serangan selepas kejadian letupan bom yang membunuh 70 orang awam di ibu kota Somalia, Selasa.

Jurucakap al-Shahab Ali Mohamed Rage berkata dalang di sebalik serangan letupan pada Selasa itu adalah Bashar Abdullah Nur dan beliau turut mengucapkan tahniah di atas perancangan insiden yang dahsyat itu.

Pada serangan Selasa itu, sebuah trak yang sarat dengan muatan tong dram petrol meletup di pintu pagar bangunan perumahan beberapa menteri kerajaan.

Kejadian itu dilihat sebagai letupan paling dahsyat yang dilancarkan oleh al-Shahab sejak pemberontakan kumpulan itu bermula.

Rage yang berjanji akan mencetuskan lebih banyak serangan selepas ini berkata serangan berterusan akan meningkat dari hari ke hari selepas letupan Selasa itu.

Kebanyakan pejuang kumpulan itu telah meninggalkan ibu kota tersebut pada Ogos ekoran serangan tentera African Union. - AP

Artikel Sebelum

Tembakan Di Kuari: Dua Maut

Artikel Berikut

Artikel Lain